Cara menggunakan google document:
1.sign in gmail
2.klik document
3.klik create-document
4.taip laporan
Laporan yang ditaip akan disimpan secara automatik.Selepas itu,download document tersebut di dalam komputer kemudian copy ke dalam facebook group dan browse ke dalam yahoo group sendiri.
Berikut adalah laporan saya mengenai sistem pengurusan pembelajaran:
Apakah Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)?
Sistem pengurusan pembelajaran ialah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi,pengesahan dan laporan program-program latihan dalam bilik darjah,acara dalam talian dan program e-pembelajaran.
Kenapa dan bagaimana Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) berfungsi?
Sistem pengurusan pembelajaran untuk melakukan perkara-perkara:
-memusatkan dan menstrategikan pentadbiran
-memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat
-menyatukan inisiatif pada platfom berasaskan web yang berskala
-mudah alih sokongan dan standart
-menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan
Dimanakah Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) digunakan?
Sistem pengurusan pembelajaran biasa digunakan oleh industri yang dikawal selia dan institusi-institusi pendidikan.
Siapakah yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran (LMS)?
Kebiasaannya pelajar dan golongan pendidik seperti pensyarah dan guru disekolah akan menggunakan sistem pengurusan pembelajaran.Sebagai contoh,pelajar dan pensyarah di ukm menggunakan spin dalam urusan pembelajaran dan pengajaran mereka
Faedah sistem pengurusan pembelajaran (LMS):
-Dapat memudahkan akses kepada kandungan pembelajaran dan pentadbiran
-Dapat menyokong dan meningkatkan pengajaran di dalam bilik darjah.Pelajar dapat belajar melalui e-pembelajaran di dalam kelas.
-Pencarian maklumat akan menjadi lebih cepat dan mudah
-Penyimpanan maklumat lebih selamat
Senarai sumber terbuka dalam sistem pengurusan pembelajaran ialah:
-e-pembelajaran
-openoffice.org
-etutor
-moodles
-ILIAS
-Filzip
-star office
No comments:
Post a Comment